PUSAT SUMBER PENGGERAK GENERASI ICT MENJADIKAN ASAS SAINS KOMPUTER SEBAGAI PEMANGKIN TRANSFORMASI 2050

Khamis, 4 Mei 2017

Transformasi 2050

Related image
TRANSFORMASI 2050
TN50 atau lebih dikenali sebagai Transformasi Nasional 2050 merupakan satu inisiatif pembangunan negara yang merangkumi tahun 2020 hingga 2050.Inisiatif ini akan dipacu oleh matlamat dan sasaran yang jelas selama 30 tahun.
Matlamat dan sasaran yang digariskan dalam dokumen dasar TN50 bakal diterbitkan pada awal tahun 2020.
TN50 merupakan satu inisiatif pembangunan negara jangka panjang. Sebagai sebahagian daripada persediaan dan tahap pembangunan TN50, Perdana Menteri Malaysia Dato' Sri Najib Tun Razak telah memberi mandat kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk memulakan proses dengan menerajui ‘Perbicangan TN50’,siri penglibatan dan aktiviti-aktiviti wacana yang bertujuan untuk mencetuskan aspirasi rakyat serta menentukan bidang untuk transformasi termasuk ekonomi, kemasyarakatan, kebudayaan dan alam sekitar.


Apa itu transformasi Nasional 2050 atau TN50?

Semasa pembentangan belanjawan 2017 oleh Dato` Seri Najib Perdana Menteri Malaysia ada menyatakan bahawa Malaysia perlu ada satu gagasan baru bagi menyambung Wawasan 2020 yang tinggal 3 tahun lagi.

Oleh itu TN50 perlu diadakan bagi meneruskan transformasi negara ke arah negara maju dengan aspirasi dan penglibatan rakyat sendiri. Kementerian Belia dan Sukan (KBS) diberi tanggungjawab untuk menggerakkan TN50 kepada seluruh Malaysia dan menghasil Blueprint pada tahun 2020.

Sebelum saya menghuraikan TN50, mari kita lihat Wawasan 2020. Adakah anda ingat Wawasan 2020? Pasti anda sudah lupakan. Wawasan 2020 telah diperkenalkan dengan objektif untuk menjadi negara maju menjelang tahun 2020 dengan acuan sendiri. W2020 menggariskan hala tuju untuk mencapai status negara maju dengan mensasarkan pertumbuhan ekonomi pada kadar 7 peratus setahun sehingga tahun 2020.

Kunci kepada pencapaian negara maju ialah dengan mengatasi sembilan cabaran strategik, iaitu:
1.             Mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama: Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.
2.             Mewujudkan sebuah masyarakat yang berjiwa bebas, tenteram dan maju, dengan keyakinan akan keupayaan sendiri, berbangga dengan apa yang ada, dengan apa yang telah dicapai, cukup gagah menghadapi pelbagai masalah. Masyarakat Malaysia ini mesti dapat dikenali melalui usaha mencapai kecemerlangan, amat sedar akan semua potensinya, tidak mengalah kepada sesiapa, dan dihormati oleh rakyat negara lain.
3.             Mewujudkan dan membangunkan masyarakat demokratik yang matang, yang mengamalkan satu bentuk demokrasi Malaysia yang mempunyai persefahaman matang, berasaskan masyarakat yang boleh menjadi contoh kepada beberapa banyak negara membangun.
4.             Mewujudkan masyarakat yang sepenuhnya bermoral dan beretika, dengan warganegaranya teguh dalam nilai agama dan kerohanian dan didukung oleh nilai etika paling tinggi.
5.             Mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, dengan rakyat Malaysia pelbagai kaum bebas mengamalkan adat, kebudayaan, dan kepercayaan agama mereka dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan mereka kepada satu negara.
6.             Mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan.
7.             Mewujudkan masyarakat penyayang dan budaya menyayangi, iaitu sistem sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan tidak berkisar pada negara atau orang perseorangan tetapi di sekeliling sistem keluarga yang kukuh.
8.             Memastikan masyarakat yang adil dalam bidang ekonomi. Ini merupakan masyarakat yang melaksanakan pengagihan kekayaan negara secara adil dan saksama, dengan wujudnya perkongsian sepenuhnya bagi setiap rakyat dalam perkembangan ekonomi.

9.             Mewujudkan masyarakat makmur yang mempunyai ekonomi bersaing, dinamik, giat dan kental.


TN 50 dengan kata mudah adalah platform berdasarkan "bottom-up approach"  bagi rakyat Malaysia menyampaikan aspirasi atau memberi input dalam menyediakan BLUEPRINT untuk melihat bagaimana Malaysia pada tahun 2050. Aspirasi itu mestilah berlandaskan MASYARAKAT, ALAM SEKITAR, EKONOMI, TEKNOLOGI DAN URUSTADBIR. Aspirasi itu boleh jadi cadangan kepada jalan penyelesaian kepada masalah atau cabaran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan