PUSAT SUMBER PENGGERAK GENERASI ICT MENJADIKAN ASAS SAINS KOMPUTER SEBAGAI PEMANGKIN TRANSFORMASI 2050

Isnin, 29 Mei 2017

Pengenalan PSS

PENGENALAN

           Pusat Sumber Sekolah merupakan sebuah tempat yang menyediakan kemudahan serta koleksi bahan secara sistematik. PSS SMK TUN HAJI ABDUL MALEK berusaha menyediakan maklumat dan perkhidmatan serta peluang bagi mengukuhkan pengajaran dan pembelajaran untuk penguasaan kemahiran asas serta kemahiran maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Penubuhannya adalah bertujuan ke arah pembentukan masyarakat sekolah yang berbudaya maju, gemar membaca dan berkemahiran belajar sepanjang hayat. Pusat Sumber SMKTHAM telah dibina secara berperingkat-peringkat mengikut kemampuan dan keperluan sekolah. Ia juga dibina  atas kesedaran bahawa perlunya sebuah tempat untuk pelajar dan guru mendapat pelbagai kemudahan yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.
Selain daripada bilik-bilik khas persekitaran sekolah juga merupakan sumber informasi kepada warga sekolah. Pondok-pondok bacaan, Teratak Bonda dan Astaka juga disediakan untuk pelajar dan guru membaca sambil bersantai. Papan-papan kenyataan berilmu juga diwujudkan di sekitar kawasan sekolah terutama tempat-tempat yang menjadi tumpuan para pelajar seperti di Edu Café, Bilik Kaunseling, Laluan-laluan Ilmu, Makmal Sains, Bilik Pendidikan Khas dan persekitaran sekolah. Ini menunjukkan bahawa Pusat Sumber SMK Tun Haji Abdul Malek berada di mana-mana di persekitaran sekolah  dan pelajar serta guru boleh menggunakannya  untuk menimba ilmu dan menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran secara formal atau informal

Tiada ulasan:

Catat Ulasan